Recent twitter entries...

  •  

Informasi terKini!

Posted by yazidyahaya | Posted in Belajar Buat Duit Dengan Blog, Info Terkini, My Life, My Produk | Posted on 26-05-2009

9

asalmualaikum dan salam sejahtera semua. :-P

Buat kali keduanya saya telah pergi ke syarikat PTS untuk menemui seseorang dan geng yang berkenaan didalam IM ini kerana sebelum ini hanya saya mengahantar script sahaja di situ,alangkah seronoknya saya berbual dengan En Zamri,Nazrul,Aizat dan ramai lagi disana.

Banyak perkara yang kami bincangkan didalam perjumpaan yang tidak rasmi itu,buat apa bincang secara rasmi betul tak,biar sempoi-sempoi asalkan mantap dengan isi kandungannya.

Apa yang kami bincangkan disana merupakan rahsia disini untuk anda semua para pembaca.Kalau saya nak cerita maka tak cukup blog ini untuk saya tulis kesemuanya.Tapi antara perkara yang menyeronokkan bagi saya adalah ?..Perkara pertama yang seronok bagi saya masa perjumpaan itu adalah ketika jumpa saudara aizat ialah memberi saya secawan nescafe,tak sangka saya dapat secawan nescafe walaupun saya ni berusia muda,seperti seorang business man lelaki yang mantap la pulak dengan layanan sebegitu.Hehehe,anda yang muda tu taknak rasa ke?

Sewaktu perbincangan dengan Aizat,Beliau menyatakan yang BUKU saya iaitu buku buat duit dengan blog telah menjadi no 7 dalam best seller di MPH,alangkah sedihnya saya tidak dapat tengok di website MPH kerana hari yang saya nak tengok iaitu hari ini website MPH telah di update dan buku saya tidak keluar lagi sebagai best seller sedangkan seminggu saya memegang tangga ketujuh didalam best seller di MPH . ;-(

Perkara Kedua yang mengembirakan saya pula ialah beliau menyatakan yang yang buku saya mungkin terpilih untuk diexport keluar negara.Negara yang berminat dengan buku saya tersebut adalah negara indonesia.Antara banyak-banyak buku yang terpilih adalah buku saya dan beberapa lagi buku lain.Alangkah seronoknya :-D

Untuk pengetahuan semua,pihak pengeluar buku di Indonesia telah bersetuju sebanyak 80% untuk memilih buku saya tersebut,kalau 80% tu dah kira A dan A kiranya berjaya terpilih.Buku saya kemungkinan besar akan ditukarkan kepada bahasa indonesia dan covernya juga akan diubah.Perkara yang tidak diubah adalah isi dalamnya.

Wah,memang best!alangkah bertuahnya saya,tapi ingat ini semuanya adalah rezeki dari Allah..

Kemudian saya pula berincang dengan saudara Zamri,Kemungkinan besar kami semua akan mengeluarkan lebih banyak lagi tentang buku perniagaan internet ini.Tunggu saja la iya.

Nak tahu Strategi yang lebih baik tentang blog?leh lepak sini

Comments (9)

Congratulations, Yazid. :)

terima kasih fatin…nice to meet you :-P

I was just searching for about this when I discovered your post. I’m only dropping by to say that I definitely liked reading this post, it’s really clear and well written. Are you considering writing more on this? It seems like there is more material here for future posts.

tahniah… segala usaha sedara akhirnya berjaya. (G) ;-)

terima kasih..harap lebih kejayaan pada masa hadapan

Tahniah ! kepada anak muda. Saya beli buku anda di POPULAR Book Store. sangat menarik dan banyak infomasi yang saya temui yang selama ini belum saya ketahui. Semoga anda menerima ganjaran yang setimpal dari usaha anda itu.. (L) T.Kasih.

terima kasih kerana support orang seperti saya.Jadilah seorang blogger yang best pada masa depan iya.

Buku yang sangat menarik dan bebaloi untuk dibeli.tak rugi beli woo:-)

thanks,kerana support!

Write a comment

:o) :-D :-( ;-) :-P =-O 8-) :-/ O:-) :-! >:o C:-) :-(|) O-) :@ :-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) :-* (I) (L) (8) (T) (G) (F) (*) (N) (Y) (U) (W)