Pengalaman Di asrama..
Posted by syarif | Posted in Lain-lain | Posted on 19-11-2008
3
Selamat and selamat kepada semua…
Selamat bertemu kembali kita pada kali ini. Apa cerita terbaru anda sekarang? Perniagaan makin baik? Alhamdulillah. Baiklah, hari ni penulis rasa begitu bosan and tak tau nak buat apa. So, penulis bercadang nak kongsi post nie dengan anda semua. Seronok rasanya bila ada orang yang nak baca post2 kita nie.hahahha.
Kali nie penulis akan ceritakan pengalaman penulis ketika di asrama beberapa minggu lepas. Pengalaman ini amat menarik kerana selama ni penulis memang x pernah duk asrama. hehehehhe. Ketika mula2 masuk di asrama, penulis begitu teruja kerana banyak perancangan yang telah dibuat bersama member2 penulis. Nak main badminton la.Nak main bola la and macam2. Masa yang ditunggu2 ialah pada waktu malam.
Untuk pengetahuan anda, dorm kami merupakan dorm yang paling riuh rendah. Jika dapat diperhatikan, dorm kamilah yang paling tido lewat sekali. Yang lain dah nyenyak tido, tapi kitorang buat perkara yang pelik2. Dorm kami boleh dikatakan cukup luas sebab boleh memuatkan hampir 16 orang. Pada satu malam, kami tido hampir pukul 2 kerana syok main bola kat dorm.Perkara ini memecahkan rekod asrama kerana x pernah lagi orang lain buat macam tu. Memang gempaq habis suasana dorm malam tu. Walaupun dalam keadaan yang riuh rendah, ada lagi beberapa orang antara kami yang boleh tido nyenyak.Termasuklah penulis post nie sendiri. Masa ngah syok tido, x semena-mena bola melekat kat muka.Apa lagi, penulis pun ambik bola tu,sorokkan dalam selimut.hahahahha.
Setelah hampir 2 jam main bola kat dorm, pemain bola nie pun tido. Tapi keesokannya, perkara yang xnak terjadi, terjadi kepada beberapa penghuni dorm tersebut. Ketika kami bangun pagi, kami merasakan sesuatu bermuka putih tido di sebelah kami. Agak menggelikan hati kami. Rasa nak pecah perut dibuatnya. Korang nak tahu kenapa? Sebelum pemain bola tersebut tido, diorang telah menconteng muka kami dengan kapur kasut. Bangun pagi2, kapur tu telah keras di muka kami. Perkara itu di’silencekan’ antara satu sama lain. hahaha..Ketika di bilik mandi, kami saling mentertawakan satu sama lain. Ada yang macam askar nippon daaaa. Ada yang macam kucing and sebagainya..
Namun, kami hanya menetap di asrama untuk sebulan sahaja. Pengalaman seperti tu mmg penulis x dapat lupakan sebab kekejaman member2 sebilik memang best!Rasanya setakat tu jer yang dapat penulis ceritakan pada kali nie.
Bertemu kembali di masa akan datang.
>>Dapatkan design baju kegemaran anda di : http://gengzclothing.co.cc
>>Gempur Gempur virus : http://gempurvirus.com



waah teringat dok asrama dulu2….main takraw,hoki,bola tampar dalam dorm adalah perkara biasa,menconteng muka orang lain dengan nila adalah satu pengalaman menarik.hehe.Satu lagi adalah menyamar menjadi hantu haha..seminggu lepas tu..banyak hantu mari hehehe
http://peminatjutawan.blogspot.com
hai..teringat je ke??kenape tak pergi ,elawat ke asrama yang lama??hehehe
yer.penulis ada gak melawat asrama tu. ada satu hari, member2 penulis kebas kain semayang pompuan kat dalam kelas nak menyamar jadi hantu.
ramai gak terkejut tapi diorang cepat perasan coz hantu tu pakai seluar jeans..nak tergelak penulis dibuatnya.
Jadi, ramai la yang duk kejar hantu moden tu.