Recent twitter entries...

  •  

TALK WITH DATO DR FADZILAH KAMSAH

Posted by yazidyahaya | Posted in Lain-lain | Posted on 08-08-2008

4

Berikut soalan yang saya(IK) ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yang
saya ingin kongsikan bersama ketika saya menemubual beliau di
Radio24 (93.9FM) dalam rancangan “Jutawan! bersama Irfan Khairi“:

IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak
payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan.
Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana
dalam bentuk kekayaaan ini?

Dato Dr Fadzilah Kamsah: Ini adalah salah satu perkara yang
seringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama’-ulama’ yang
mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana
pun beritahu kita yang kita ini adalah ‘umattan wasata’ ataupun kita
ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-
kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan
dengan cara yang silap.

TIP PILIHAN: MUDAHNYA BERFIKIR NEGATIF

Posted by yazidyahaya | Posted in Lain-lain | Posted on 20-07-2008

7

Sekiranya minda kita dipenuhi dengan terlalu banyak perkara negatif, kita akan memupuk tabiat berfikiran negatif. Sehingga pemikiran negatif, menjadi dominan dan membahayakan diri. Contohnya, kalau kita terdengar kawan kita kata: “Eh, ko tau tak kat muzium ada si polan ni nak duduk dalam sangkar dengan 200 ular berbisa selama satu minggu”